RSS

MAKLUMAT UMUM AKAUN SIMPANAN EPF @ KWSP

05 Feb
Akaun Simpanan KWSP Anda

Akaun KWSP anda adalah merupakan caruman bulanan anda dan daripada majikan anda yang dikreditkan.

Berkuatkuasa dari 1 Januari 2007, akaun ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Akaun I dan Akaun II. Caruman yang diterima bagi pihak anda daripada majikan anda akan dikredit ke dalam kedua-dua akaun tersebut berdasarkan peratusan yang berikut:

  • Akaun I   – 70% daripada caruman bulanan;
  • Akaun II  – 30% daripada caruman bulanan.

Akaun-akaun ini diwujudkan untuk perbagai tujuan, dan terdapat beberapa jenis pengeluaran yang berkaitan dengan setiap akaun:

Akaun I

Simpanan di dalam akaun ini bertujuan untuk kegunaan selepas persaraan dan pelaburan anda sahaja, dan tidak boleh dikeluarkan sepenuhnya sebelum anda mencecah usia 55 tahun, hilang upaya, meninggalkan negara atau meninggal dunia (pembayaran akan dibuat kepada penama / waris).

Anda dibenarkan untuk melabur sebahagian daripada simpanan ini di atas kerelaan anda sendiri.

 Akaun II

Simpanan di dalam akaun ini bertujuan untuk membantu anda membuat persediaan bagi persaraan yang selesa. Pengeluaran dibenarkan bagi tujuan: 

  • mencecah umur 50 tahun;
  • pembayaran pendahuluan pembelian rumah pertama;
  • penyelesaian baki pinjaman perumahan – rumah pertama;
  • pembiayaan pendidikan anda dan anak-anak anda;
  • menampung kos perubatan bagi anda dan anak-anak anda

KWSP tidak akan mempertimbangkan sebarang permohonan bagi pengeluaran dari mana-mana akaun tersebut bagi tujuan selain daripada yang dinyatakan di dalam Akta KWSP 1991; Peraturan dan Undang-undang KWSP 1991; dan  Surat Pekeliling dan Tatacara KWSP.

 (Click link berikut untuk maklumat tambahan berkaitan Akaun 1)

https://fysalmohamed.wordpress.com/2012/02/05/pelaburan-melalui-epf-kwsp/

 
Leave a comment

Posted by on February 5, 2012 in UNIT TRUST

 

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Leave a comment