RSS

PELABURAN MELALUI EPF @ KWSP

05 Feb

TUJUAN

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan sebahagian simpanan Akaun 1 (dengan kebenaran dari KWSP) untuk membuat pelaburan di dalam unit trust bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan.

SIMPANAN ASAS

Simpanan Asas adalah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan minimum sekurang-kurangnya RM120,000.00 ketika berumur 55 tahun dan simpanan ini tidak boleh dikeluarkan sebelum ahli mencapai umur 55 tahun.

KELAYAKAN MEMOHON

  1. Warganegara Malaysia; ATAU
  2. Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula dengan KWSP; ATAU
  3. Bukan warganegara Malaysia yang ;
    1. Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU
    2. Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)
  • Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN
  • Ahli mempunyai simpanan Akaun 1 yang melebihi jumlah simpanan asas sekurang-kurangnya sebanyak RM5,000.

KEKERAPAN PELABURAN

Pelaburan boleh dibuat setiap tiga bulan selepas tarikh pelaburan sebelumnya, tertakluk kepada baki yang ditetapkan di dalam Akaun 1. Ahli tidak dibenarkan membuat pelaburan tambahan menggunakan wang sendiri.

PENGEMBALIAN WANG PELABURAN

Ahli hendaklah mengembalikan semua amaun yang dilaburkan (termasuk keuntungan) kepada KWSP sebaik sahaja amaun pelaburan tersebut dijual. Amaun yang dikembalikan akan dikreditkan semula ke Akaun 1.

DOKUMEN DIPERLUKAN

  1. Borang Permohonan KWSP 9N (AHL)
  2. Kad Pengenalan Diri
    1. Mykad / Kad Pengenalan Tentera / Kad Pengenalan Permastautin Tetap (MyPR); ATAU
    2. Kad Pengenalan Polis DAN Surat Pengesahan Majikan menyatakan no. Polis dan no. Kad Pengenalan Diri merujuk kepada orang yang sama (jika tidak memiliki MyKad); ATAU
    3. Pasport. Jika ahli bukan warganegara Malaysia yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998.

CARA MEMBUAT PELABURAN 

  1. Saya sebagai seorang Unit Trust Consultant yang bertauliah akan memberi penerangan dan menjawab segala persoalan anda tentang pelaburan di dalam unit trust ini (prosedur yang dibenarkan).
  2. Saya akan memberi borang pelaburan (samada secara pos @ semasa perjumpaan secara face to face) beserta kod ejen saya.
  3. Anda pos kembali borang kepada saya atau Anda submitkan borang pelaburan sendiri di PB / PM yang berhampiran.
  4. Pelaburan anda akan diproses dan anda akan menerima statement rasmi dari PM dalam tempoh 2-3 minggu.

(Sila rujuk tab  Hubungi Saya dan juga Info Unit Trust)

 
Leave a comment

Posted by on February 5, 2012 in UNIT TRUST

 

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: