RSS

Info Unit Trust

Apakah yang dimaksudkan dengan Pelaburan Unit Trust?Pelaburan unit trust @ unit amanah @ amanah saham adalah sejenis skim pelaburan kolektif yang bersamaan dengan pelaburan unit amanah seperti Amanah Saham Nasional dll. Skim pelaburan kolektif bermaksud wang para pelabur akan dikumpulkan dan diuruskan oleh pengurus pelaburan yang profesional.

Apakah kelebihan Pelaburan Unit Trust Public Mutual?

1. Pulangan yang tinggi melebihi Simpanan Tetap, EPF (KWSP), ASB dan Tabung Haji.
2. Fleksibel. Boleh masuk/keluar duit pada bila-bila masa.
3. Selamat. Wang dijaga oleh pemegang amanah.
4. Pengurusan professional. Wang dilaburkan oleh pengurus dana yang berpengalaman dan sering menerima anugerah pengurus dana terbaik.
5. Senang berurusniaga. Boleh berurusan dengan ejen unit trust yang berlesen untuk memulakan pelaburan. Selepas itu, boleh daftar perkhidmatan untuk monitor pelaburan secara online.

Bagaimana Pelaburan Unit Trust Beroperasi?

Dalam pelaburan unit trust, terdapat hubungan 3 pihak di antara pelabur, pengurus dana dan pemegang amanah (iaitu Amanah Raya dan Maybank Trustee).

Tanggungjawab pengurus dana adalah untuk MEMBUAT ANALISIS & MENGENALPASTI KAUNTER yang berpotensi untuk dilaburkan. Yang penting, pelaburan hanya dibuat di dalam syarikat-syarikat kukuh yang tersenarai di bursa saham. Seterusnya, pengurus dana juga akan SENTIASA MEMANTAU pelaburan yang dibuat dan akan mengambil tindakan sewajarnya di dalam setiap keadaan.

Tanggungjawab pemegang amanah pula adalah untuk menjaga wang pelabur dengan MENGAWAL SELIA segala aktiviti yang dilakukan oleh pengurus dana. Dengan kata lain, setiap urusan pelaburan adalah melalui pemegang amanah bagi memastikan pengurus dana tidak menyelewengkan wang pelabur.

Dengan kata lain, pelaburan unit trust merupakan satu bentuk pelaburan yang SANGAT SELAMAT jika dibandingkan dengan pelaburan secara terus di dalam bursa saham.

Apa Yang Berlaku Apabila Kita Melabur?

Apabila kita melabur, kita akan mendapat unit. Unit ini bolehlah diibaratkan seperti rumah. Makin banyak kita melabur, makin banyak rumah kita.

Pulangan yang diterima pula adalah di dalam dua bentuk iaitu DIVIDEN @ PENGAGIHAN TAHUNAN (seperti sewa rumah) dan juga KENAIKAN HARGA UNIT. Pengagihan tahunan yang tidak dikeluarkan akan menjadikan unit kita bertambah banyak pada setiap tahun.

Harga unit ada turun naik dan sentiasa berubah-ubah. Dan dalam jangkamasa panjang, harga unit biasanya akan terus naik dan pelabur akan mendapat pulangan yang sangat baik daripada pelaburan mereka.

Namun begitu, sekiranya harga unit jatuh, kita tidak akan mengalami sebarang kerugian selagi kita tak jual unit kita.

(Ibarat kita ada rumah, dan harga rumah jatuh, selagi kita tak jual rumah kita, kita tak rugi apa-apa)Malah, semasa harga unit jatuh, ia merupakan peluang yang baik untuk pelabur menambah pelaburan. Ini kerana, pelabur seolah-olah mendapat diskaun daripada pembelian unit mereka. Konsultan yang baik akan sentiasa memaklumkan keadaan ini kepada para pelabur agar pelabur dapat mengambil peluang ini.

Untuk memahami tentang kaedah pengiraan unit dan keuntungan, anda boleh rujuk di sini:

https://fysalmohamed.files.wordpress.com/2012/02/pengiraanunit.pdf 

Caj Perkhidmatan

Kegunaan : Untuk cover bayaran kepada syarikat pengurus dana termasuklah komisyen kepada ejen. Merupakan caj yang dikenakan oleh kesemua 42 syarikat unit amanah di Malaysia termasuklah untuk dana Amanah Saham Nasional oleh Permodalan Nasional Berhad. Kami mengenakan caj yang terendah. Kebanyakan syarikat lain mengenakan caj sehingga 6.5%.

Pelaburan Tunai : 5.5% dari jumlah pelaburan atau pelaburan tambahan
Pelaburan melalaui skim KWSP : 3% dari jumlah pelaburan atau pelaburan tambahan

Untuk memahami pengiraan caj perkhidmatan, sila rujuk di sini:

Pulangan PelaburanPelaburan unit trust ada turun naik. Namun begitu, biasanya pulangan terkompaun adalah melebihi 10% setahun. Malah, pulangan juga pernah mencecah sehingga melebihi 20%-30% dalam masa setahun.

Anda boleh melihat contoh perbandingan pulangan di antara pelaburan unit trust, fixed deposit dan kwsp di bawah:

1. Pulangan untuk 10 tahun : https://fysalmohamed.files.wordpress.com/2012/02/pittikal.pdf
2. Pulangan untuk 5 tahun : https://fysalmohamed.files.wordpress.com/2012/02/piof.pdf

3. Pulangan untuk 3 tahun : https://fysalmohamed.files.wordpress.com/2012/02/pisef.pdf 



Cara Memulakan Pelaburan :1. Saya sebagai seorang Unit Trust Consultant yang bertauliah akan memberi penerangan dan menjawab segala persoalan anda tentang pelaburan unit trust.
2. Saya akan memberi borang pelaburan (samada secara pos @ semasa perjumpaan secara face to face) beserta kod ejen saya.
3. Anda submitkan borang pelaburan di branch bank kami yang berhampiran.
4. Pelaburan anda akan diproses dan anda akan menerima statement rasmi dari Public Mutual dalam tempoh 2-3 minggu.

Cara Monitor Pelaburan :1. Dengan melihat update harga terkini.
2. Dengan melihat prestasi dana terkini.
3. Melalui kemudahan Online

Cara Pengeluaran

1. Melalui Online
2. Pergi ke pejabat branch kami.
3. Melalui Unit Trust Consultant (isi borang dengan UTC, dan UTC tolong submitkan)
4. Duit akan dimasukkkan ke dalam akaun Bank. Jika pelabur tiada kedua-dua akaun ni, pelabur boleh pilih samada mahu poskan cek ke rumah atau pelabur mengambil cek di pejabat di branch yang berhampiran
5. Wang akan diterima dalam tempoh seminggu selepas pengeluaran dibuat (melainkan jika anda melabur melebihi RM100,000 yang mana prosesnya lebih cepat)

Kenapa perlu pilih saya?

1. Saya merupakan seorang Unit Trust Consultant yang bijak, berpendidikan, amanah dan suka membantu.
2. Senang untuk dihubungi (melalui telefon atau facebook).
3. Khidmat yang sangat baik, mesra dan telus.
4. Saya akan menghantar ringkasan pelaburan anda setiap bulan melalui emel.

Ok, setakat ini dulu penerangan saya. Jika anda ada sebarang soalan lanjut, saya sedia membantu.

 

2 responses to “Info Unit Trust

  1. emma

    February 9, 2012 at 10:57 PM

    quite interesting hee

     
  2. FysalMohamed

    February 9, 2012 at 11:03 PM

    memang menarik…lau berminat nak jadi part time / full time UTC pon boleh…just contact me

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: