RSS

Tag Archives: suruhanjaya

Mengapa Melabur Dalam Unit Amanah?

Unit amanah merupakan satu jenis pelaburan kolektif yang membolehkan para pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama untuk mengumpulkan wang bersama-sama bagi dilaburkan oleh pengurus dana professional dalam satu portfolio sekuriti.

Pengurusan Dana Yang Professional

Unit amanah diuruskan oleh pengurus dana professional yang diluluskan, yang memastikan bahawa pembuatan keputusan adalah berstruktur dan berdasarkan prinsip pelaburan yang bijak.

Kepelbagaian

Unit amanah membantu anda mempelbagaikan pelaburan-pelaburan anda dalam sebuah portfolio sekuriti bagi meminimumkan risiko dan kemeruapan (ketidakstabilan).

Pertumbuhan Modal / Aliran Pendapatan

Unit amanah memberi anda peluang untuk menikmati pertumbuhan modal dan/atau aliran pendapatan sebagai sebahagian daripada pulangan pelaburan anda.

Kecairan

Unit amanah membenarkan anda membeli dan mejual pelaburan anda dengan senang dan dengan pergelutan minimum. Para pelabur akan menerima hasil penebusan mereka dalam tempoh 10 hari. Bagi ahli-ahli prioriti kami iaitu MG dan MGE, hasil penebusan akan diterima dalam tempoh 2 hari niaga.

Kemudahan & Kemampuan

Anda boleh memulakan pelaburan dengan hanya RM1’000 dan pelaburan tambahan minimum sebanyak RM100.

Pendedahan Pelaburan

Unit amanah membolehkan anda mempelbagaikan pelaburan-pelaburan anda dan menikmati pendedahan kepada kelas-kelas aset dan/atau negara-negara yang berlainan.

Pengawalan

Unit amanah adalah dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk melindungi kepentingan para pelabur. (Rujuk artikel berkaitan di sini).

Manfaat Pulangan Berganda

Unit amanah memberi anda peluang melabur semula pendapatan/pengagihan untuk mengumpul kekayaan. (Rujuk artikel berkaitan di sini).

(Sumber: Olahan dari pamplet PM)

 
Leave a comment

Posted by on February 13, 2012 in Bacaan Lain, UNIT TRUST

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Securities Commission Malaysia @ Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)

Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, SC merupakan badan statutori biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan. SC melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen secara tahunan. SC mempunyai banyak fungsi pengawalseliaan termasuk:

  • Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat;
  • Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak tersenarai;
  • Meluluskan terbitan bon;
  • Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan kontrak niaga hadapan;
  • Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat;
  • Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah;
  • Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen;
  • Menggalakkan kawal selia sendiri; dan
  • Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen.

Melaksanakan semua fungsi ini merupakan tanggungjawab besar SC dalam melindungi pelabur. Selain daripada melaksanakan fungsi kawal selia, SC juga bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan sekuriti dan niaga hadapan di Malaysia.

– Sumber dari http://www.sc.com.my

 
Leave a comment

Posted by on February 9, 2012 in Bacaan Lain, UNIT TRUST

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,