RSS

PROGRAM BANDAR SELAMAT

06 Mar

PENGENALAN

DEFINISI

Bandar yang bebas dari semua ancaman fizikal, sosial dan mental. Persekitarannya sentiasa dalam keadaan paling terpelihara.

Tidak menimbulkan suasana yang boleh menggalakkan kejadian mengganggu-gugat kesejahteraan setempat. Penghuni sentiasa berada dalam keadaan yang paling selamat, sejahtera, sihat dan ceria. 

PELAKSANAAN PROGRAM BANDAR SELAMAT

Jemaah Menteri pada 28 Januari 2004 memutuskan supaya diwujudkan bandar dan pekan selamat misalnya mengelakkan lorong-lorong daripada sunyi, gelap dan lain-lain pembaikan sebagai langkah untuk mencegah jenayah.

4 MATLAMAT UTAMA MEWUJUDKAN BANDAR YANG SELAMAT

    1. Bandar yang bebas dari keganasan (violence) merosakkan harta benda dan nyawa seperti gejala ragut, pecah rumah, kecurian dan sebagainya.
    2. Bandar yang bebas dari kemusnahan dan malapetaka ekoran bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh.
    3. Bandar yang bebas dari kemerosotan sosial dan moral (social and moral decay) seperti penagihan dadah, kecurian, jenayah kolar putih, rasuah, salah guna kuasa, hilang integriti dan sebagainya.
    4. Bandar yang bebas dari kemalangan dalam dan luar bangunan seperti kemalangan jalan raya, jatuh dari bangunan, kebakaran dan sebagainya.

5 LANGKAH PELAKSANAAN SEGERA

1) Pengasingan Laluan Pejalan Kaki dengan Jalan Bermotor

PBT akan mengenalpasti beberapa tumpuan kawasan awam seperti stesen bas dan rel disediakan bagi mengasingkan pejalan kaki dari laluan motor.

2) Penyediaan Bollard atau Pagar

PBT akan menyediakan bollard atau pagar di tempat-tempat tertentu bagi mengasingkan laluan pejalan kaki dengan laluan motosikal.

 3) Mencuci / Mengemas Kawasan-Kawasan Semak dan Terlindung

Meningkatkan pembersihan kawasan-kawasan kotor dan grafiiti khususnya, di tempat-tempat awam seperti di sekitar laluan stesen bas, rel dan lorong-lorong tepi dan belakang premis perniagaan utama. Dengan demikian, tempat-tempat ini akan mudah diawasi oleh PBT dari aktiviti-aktiviti jenayah.

 4) Laluan Awam Tidak Terlindung Atau Terhalang Dari Pandangan Awam

Jejantas tidak dipenuhi dengan papan-papan iklan yang boleh melindungi laluan dari pandangan awam. Ini memudahkan aktiviti jenayah ragut, aktiviti penagihan dadah dan sebagainya. Sebarang iklan di jejantas hendaklah di paras yang tidak menghalang penglihatan (seperti di paras bumbung).

 5) Mencahayakan / Menerangkan Kawasan-Kawasan Gelap Yang Menjadi Sasaran Atau Tumpuan Penjenayah

Memasang lampu di laluan jejantas, letak kereta, terowong dan sebagainya bagi memudahkan pengawasan. Semua premis perniagaan perlu memasang lampu di laluan kaki lima supaya mudah untuk diawasi dan tidak menjadi tempat yang mudah bagi peragut.

~ Sumber: www.johordt.gov.my

 
Leave a comment

Posted by on March 6, 2012 in ILMIAH, Johor Kini

 

Tags: , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: