RSS

Dana Bersama / Mutual Fund: Pengenalan

24 Feb

Mungkin anda telah tahu, bahawa dana bersama telah menjadi amat popular sejak 20 tahun yang lalu. Satu lagi instrumen kewangan yang pernah menjadi kabur dimata pelabur kini merupakan sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Lebih daripada 80 juta orang, atau separuh daripada isi rumah di Amerika, melabur dalam dana bersama. Ini bermakna bahawa, di Amerika Syarikat sahaja, bertrilion dolar dilaburkan dalam dana bersama.

Malah, sehingga menjadi tanggapan umum bahawa, pelaburan adalah bermakna membeli/melabur di dalam dana bersama. Semestinya, seperti sedia maklum, melabur (atau sekurang-kurangnya sepatutnya melabur) dalam dana bersama adalah lebih baik daripada hanya membiarkan wang tunai anda dibazirkan di dalam akaun simpanan, tetapi, bagi kebanyakan orang, setakat itu sahaja pemahaman mereka tentang dana-dana tersebut.

Pada mulanya, dana bersama telah diumumkan sebagai satu cara untuk pelabur kecil untuk mendapatkan secebis daripada pasaran yang lebih besar dengan cara yang mudah. Daripada menghabiskan masa lapang anda di halaman kewangan seperti Wall Street Journal (membuat dan memantau pelaburan sendiri – share market), yang anda hanya perlu lakukan adalah membeli dana bersama dan anda telah ditetapkan dalam perjalanan untuk kebebasan kewangan anda. Tetapi, ia tidak semudah itu. Dana bersama adalah satu idea yang sangat baik dalam teori, namun, bukan semua dana bersama dicipta sama rata (kestabilan/pulangan), dan melabur dalam dana-dana ini adalah tidak semudah ‘membuang’ wang anda kepada jurujual yang pertama yang memujuk rayu bagi perniagaan anda. 

Anda sebagai pelabur harus memilih institusi atau syarikat pengurusan kewangan yang mempunyai track record yang baik, peneraju pasaran, dan mempunyai pengurus dana professional yang bertauliah. Dan di Malaysia, semestinya syarikat nombor satu negara.

~Sumber: Olahan dan terjemahan daripada http://www.investopedia.com

 
Leave a comment

Posted by on February 24, 2012 in Bacaan Lain

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: