RSS

Senarai: Sukan-sukan yg masih, mungkin atau tidak dipertimbangkan utk dimasukkan sebagai acara di Olympic Games.

13 Feb
  • 4×4 Golf Bawah 18 Meter (4 by 4 Golf Under 18 Meter) – Dimana pemain (satu team yg terdiri dari 4 org) harus memainkan golf di bawah tanah (18meter dari aras laut) dan cuba untuk melakukan shoot sebanyak mungkin (secara bergilir-gilir) ke dalam lobang tersebut sedaya upaya (mmg kalakar lah lau korg tgok nnt), supaya memancut ke atas permukaan di mana terletaknya penonton (yang sedang melihat skrin tv yg disambungkan kepada CCTV bawah tanah). Permainan mesti diselesaikan dalam masa 10 minit (tidak termasuk half time dan masa kecederaan) kerana permainan mesti dilakukan tanpa melihat lobang tersebut (blindfolded).
  • Bowling Laut Dalam (Deep Sea Bowling) – Sebelum itu pemain harus mendapatkan lesen menyelam dan Geran Golf Laut menurut Akta Permainan Dasar Laut 2200 (Act J75M33K). Pemain dgn pakaian skuba lengkap (berwarna pink, hijau atau biru florecent sahaja yang dibenarkan) akan cuba untuk menjatuhkan sebanyak pin yang mungkin mengikut kemampuan, di dasar laut sambil mengelak gigitan jerung miang atau tamparan menular anak ikan paus biru yg kelaparan. Bola bowling mestilah diperbuat dari batu karang dan tepung tangan tidak dibenarkan, sebaliknya gel gamat yg akan diberikan.
  • 100 meter Congkak Balapan Pecut (100 meter Congkak’s Track & Field Sprint) – Acara penuh inovasi ini memerlukan kreativiti pemain memasang guli2 di bawah congkak untuk dijadikan roda (ala-ala skateboard tradisonal) dan pemain harus berbaring diatas congkak tersebut dan mengayuhnya menggunakan tangan sejauh 100 meter (dengan gaya). Pemain yang memenuhi syarat dalam gaya kayuhan tangan, tempo dan pemilihan muzik, kostum dan sebagainya (syarat sama dgn acara renang irama – owh ye lupe, kene pakai tutup idung tu skali) mengikut juri2 porfesional (yang akan memberikan markah) dan juga yang terpantas akan layak ke peringkat final. Yang layak adalah mereka yang memenuhi syarat PNGK 2.75 dan ke atas.

 

Tatkala itu, Marilah kite hantar petisyen dan surat sokongan agar acara-acara yg menarik ini dipertandingkan bagi memajukan lagi industri sukan yg gilang-gemilang itu…dgn harapan membawa kesejahteraan dan kesihatan badan dan minda. GO! GO! GO!….MAJULAH SUKAN!

 

© Fysal Mohamed, 2012.

 
Leave a comment

Posted by on February 13, 2012 in Lawak, MACAM-MACAM

 

Tags: , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: