RSS

KOS MELENGAHKAN MASA

12 Feb

APA YANG ANDA PERASAN TETAPI TIDAK AMBIL PEDULI

Kita selalu dengar tentang perpatah “MASA ITU EMAS”. Ya! memang tepat sekali, kerugian masa menyebabkan kita juga kerugian wang/duit.

Cuba bayangkan dan pastikan kebenaran beberapa persoalan berikut :

  1. Berapa umur anda sekarang? Berapa lama lagi anda akan mencapai umur pencen 55 tahun?
  2. Berapa duit simpanan persaraan anda? Cukup ke? Pasti?
  3. Anda ada anak? Adakah anda ingin menghantar anak anda belajar ke luar negara? Bagaimana dengan wang pengajiannya?

Rajah di bawah menunjukkan perbezaan nilai simpanan, untuk mencapai matlamat simpanan sebanyak RM250’000.

Kerana itulah sangat penting bagi seseorang individu untuk mula menyimpan dan menguruskan wang secara bijak. Jika anda menunggu bila anda sudah sedikit dewasa dan tua, ia sudah menjadi terlalu lambat. Jika anda menunggu anak anda masuk sekolah menengah untuk simpanan pelajarannya ia mungkin juga sudah terlambat.

Rajah tersebut juga menunjukkan nilai sebenar masa dan wang. Oleh itu:

  • Mulakan suatu perancangan kewangan seawalnya.
  • Berkorban sedikit sekarang untuk mencapai matlamat yang lebih besar kelak.
  • Merancang untuk masa depan adalah sangat berbaloi.
Jadi, mulalah menyimpan dari sekarang.

TIADA PELAN KEWANGAN?

Apa yang perlu anda lakukan:

  1. Gariskan matlamat anda (apa sahaja matlamat yang anda inginkan). Catatkan.
  2. Senaraikan semua perkara yang anda boleh lakukan untuk mencapai matlamat itu. Catatkan semua yang anda mampu pikirkan (buang idea yang tidak berkesan kemudian).
  3. Aturkan senarai mampu buat atau “to do list” itu tadi mengikut susunan (pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya).

Hubungi saya jika anda perlukan pertolongan dan menemui jalan buntu. Hubungi saya jika anda memerlukan khidmat seorang Unit Trust Consultant bertauliah untuk membantu anda menguruskan pelan kewangan anda menerusi pelaburan jangka masa sederhana/panjang.

Sila layari link berikut untuk maklumat lanjut:

(Sumber: Olahan dari http://www.meridithcpas.com)

 
Leave a comment

Posted by on February 12, 2012 in UNIT TRUST

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: