RSS

Sektor Pelancongan RMK 10

10 Feb

Menerusi Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) pembangunan sektor pelancongan telah ditakrifkan sebagai antara salah satu pemangkin utama di dalam  Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). Sector pelancongan di dalam NKEA telah menggariskan sasaran khusus dan tindakan yang kukuh bagi mencapai objektifnya sebagai pemangkin utama ekonomi Negara.  NKEA dapat diklasifikasikan sebagai pemancu aktiviti ekonomi yang berpontensi menyumbang secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi negara bertepatan dengan misi bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berpendapatan tinggi. Sepanjang tempoh perlaksanaan RMK10, sasaran utama bagi sektor pelancongan adalah untuk membaiki kedudukan Malaysia bagi mencapai status antara 10 buah negara terbaik dari segi pendapatan pelancongan global. Sumbangan perolehan sektor pelancongan juga turut diunjurkan menjadi 2.1 kali ganda sekaligus menyumbang lebih kurang RM115 billion dari segi pendapatan pelancongan dan turut menyediakan 2 juta peluang pekerjaan menjelang tahun 2015.

Bagi merealisasikan peranan sektor pelancongan sebagai penyumbang di dalam NKEA, beberapa teras telah digariskan supaya matlamat NKEA untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi dapat dicapai dengan jayanya. Teras yang telah dikenal pasti adalah bertujuan bagi menarik lebih ramai pelancong yang berbelanja tinggi disamping meningkatkan bilangan ketibaan pelancong ke Malaysia. Antara teras terbabit adalah:

  • keperluan membangun produk pelancongan yang menarik dan ikonik
  • menambah baik penyelenggaraan kawasan pelancongan sedia ada
  • melaksanakan promosi pelancongan berfokus

selain daripada teras-teras yang telah digariskan terbabit, terdapat beberapa strategi telah direncanakan menerusi RMK10 supaya sektor pelancongan mampu menjadi di antara penjana ekonomi utama negara. Antara strategi terbabit adalah:

  • Menggalak pendekatan strategi berbeza bagi memenuhi corak dan keperluan pelancong yang unik dan tersendiri seperti cabaran alam semula jadi (termasuk ekopelancongan), kepelbagaian budaya, keriangan keluarga, kemewahan mampu biaya, dan Persidangan, Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE)
  • Menambah baik produk pelancongan melalui pembangunan kluster pelancongan berfokus yang akan memanfaatkan produk pelancongan sedia ada dan produk pelancongan ikonik baru. Contohnya, Langkawi (Geopark dan Taman Laut Pulau Payar), Pulau Pinang (Bandaraya George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO), Sabah (Pulau Sipadan dan Taman Kinabalu Tapak Warisan Dunia UNESCO) dan Sarawak (Kampung Budaya Sarawak dan Taman Negara Gunung Mulu Tapak Warisan Dunia UNESCO)
  • Membangunkan produk pelancongan ikonik yang baru melalui penglibatan sektor swasta dan kerjasama awam-swasta. Antara projek ikonik tersebut adalah Kidzania dan Malaysia Truly Asia Centre di Kuala Lumpur dan Legoland Malaysia di Iskandar Malaysia, Johor. Produk dan aktiviti pelancongan seperti taman dan kebun bunga, pelancongan seni, membeli-belah, serta acara dan festival utama juga akan dipromosikan
  • Menambah baik penyelenggaraan tempat pelancongan melalui pelbagai pendekatan, termasuk melalui penajaan GLC dan korporat, penguatkuasaan yang lebih ketat dan pengenaan bayaran masuk, terutamanya di kawasan alam sekitar yang sensitif dan tapak warisan.
– Sumber RMK 10.
 
Leave a comment

Posted by on February 10, 2012 in ILMIAH, Malaysia Kini

 

Tags: , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: