RSS

APAKAH ITU PELABURAN UNIT TRUST?

04 Feb

Pelaburan unit trust @ unit amanah @ amanah saham adalah sejenis skim pelaburan kolektif yang bersamaan dengan pelaburan unit amanah seperti Amanah Saham Nasional dll.

Skim pelaburan kolektif bermaksud wang para pelabur akan dikumpulkan dan diuruskan oleh pengurus pelaburan yang profesional.

Dalam pelaburan unit trust, terdapat hubungan 3 pihak di antara (1) pelabur, (2) pengurus dana seperti contoh, PM dan (3) pemegang amanah (iaitu Amanah Raya dan Maybank Trustee).

Tanggungjawab pengurus dana adalah untuk MEMBUAT ANALISIS & MENGENALPASTI KAUNTER yang berpotensi untuk dilaburkan. Pelaburan hanya dibuat  di dalam syarikat-syarikat yang kukuh dan juga tersenarai di bursa saham Malaysia. Seterusnya, pengurus dana juga akan SENTIASA MEMANTAU pelaburan yang telah dibuat dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

Tanggungjawab pemegang amanah pula adalah untuk menjaga wang pelabur dengan MENGAWAL SELIA segala aktiviti yang dilakukan oleh pengurus dana. Dengan kata lain, setiap urusan pelaburan adalah melalui pemegang amanah bagi memastikan pengurus dana tidak menyelewengkan wang pelabur.

Dengan kata lain, pelaburan unit trust merupakan satu bentuk pelaburan yang SANGAT SELAMAT jika dibandingkan dengan pelaburan secara terus di dalam bursa saham.

 
Leave a comment

Posted by on February 4, 2012 in UNIT TRUST

 

Tags: , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: