RSS

Sepuluh Hukum Untuk Keunggulan Jualan

23 Feb

 

Apabila bercakap mengenai jualan terdapat satu teras kumpulan “amalan terbaik”, yang apabila diikuti secara dekat, akan membawa kejayaan.

Kebanyakan profesional jualan gagal untuk mengikuti jalan yang benar tetapi sebaliknya mengikuti jalan pintas untuk mencapai ganjaran kewangan. Terdapat banyak jurujual, bagaimanapun, yang tidak mencari kejayaan semata-mata tetapi bercita-cita untuk menjadi jurujual yang hebat. Untuk golongan ini saya menawarkan khas Sepuluh Hukum Untuk Keungulan Jualan.

Jangan Tinggalkan Rumah Tanpa Keghairahan Anda. Bangun setiap pagi dan teruja untuk menjual. Terdapat beberapa faktor motivasi yang mendorong kepada orang ramai untuk mempunyai keghairahan dalam jualan: cabaran, kebanggaan dalam menjalankan tugasnya dengan baik, diiktiraf dalam kumpulan profesional jualan kelas atasan, dan sudah tentu, gaji / komisen. Walau bagaimanapun, akhirnya anda hanya perlu menikmati proses menjual produk atau perkhidmatan tersebut sahaja. Sebagai seorang jurujual ia adalah semangat saya dan begitu juga anda jika anda ingin mempunyai kerjaya jualan yang berjaya.

Menjadi Ketua Sorak Untuk Produk / Perkhidmatan Anda. Anda harus percaya pada apa yang anda jual. Pelanggan saya melihat keterujaan saya dan tahu bahawa saya benar-benar percaya dalam perkhidmatan yang saya sediakan. Sebagai seorang jurujual, anda harus percaya pada produk anda, jika tidak pelanggan akan “melihat melalui kamu” dan tidak akan membeli. Jika anda tidak mempercayai produk / perkhidmatan syarikat anda boleh memberi manfaat kepada pengguna, anda harus mempertimbangkan untuk berpindah ke syarikat atau industri lain yang mempunyai produk di mana anda sendiri percaya. Pada dasar perumpamaanya, jika anda tidak percaya kepada epal, jual lah oren.

Mengutamakan Pelanggan. Tiada apa yang lebih penting daripada menjaga pelanggan anda. Ia boleh mengambil masa bertahun-tahun untuk membina kepercayaan dengan pelanggan, tetapi hanya beberapa saat untuk memecahkan kepercayaan tersebut. Adalah hampir mustahil untuk mengatasi kesan tanggapan negatif pelanggan. Jadi, buatlah segala yang mungkin untuk membuat pelanggan anda menganggap bekerja dengan anda adalah salah satu keputusan terbaik yang pernah mereka buat.

Bersedia Untuk Krisis (Dan Segala-galanya). Semua jurujual perlu mempunyai perancangan formal yang menggariskan  perkara-perkara seperti sasaran pelanggan, matlamat, strategi dan teknik pengukuran. Dalam persekitaran pasaran hari ini yang tidak menentu, anda perlu menjadi lebih lincah, mampu untuk terus menyesuaikan perancangan anda kepada halangan  dan peluang-peluang baru. Anda juga perlu merancang bagi hal-hal luar jangka; pelan persediaan menghadapi bencana adalah penting. Melihat lebih jauh dari bulan akan datang atau pendapatan pada tahun depan dan menentukan jalan yang terbaik untuk kejayaan jangka panjang semasa kedua-dua keadaan pasaran yang “baik dan buruk”.

Melihat Menjangkaui Halaman Anda Sendiri. Terlalu banyak jurujual tidak melihat lebih jauh di sekitar rumah mereka – pasaran yang ditetapkan. Sebaik sahaja anda telah menguasai bandar anda, bergerak ke bandar seterusnya, kemudian seluruh daerah dan apabila anda sudah bersedia – negeri seterusnya. Mencari peluang khusus, seperti warga tua, pendatang, guru, anggota tentera. Mengambil kesempatan daripada media sosial seperti Facebook, LinkedIn dan Twitter.

Jawab Telefon Bimbit Anda, Berada Di Situ. Menjual bukan kerja dari pukul 9 ke pukul 5, tetapi adalah satu kerja yang menyeluruh di mana anda mesti bersedia 24 jam sehari, tujuh hari seminggu, 365 hari setahun. Tahap capaian yang tinggi adalah komponen penting dalam hubungan perniagaan. Kesediaan terhadap pelanggan di waktu petang/malam dan pada hujung minggu menunjukkan komitmen yang tidak terhingga. Tunjukkan tahap kecapaian anda dengan menyediakan alamat e-mel anda atau nombor telefon “selepas waktu” (pejabat) supaya pelanggan boleh menghubungi anda untuk pertanyaan dan mereka tahu bahawa mereka akan menerima tindak balas segera.

Memasarkan Diri Sendiri Secara Kreatif. “Firman mulut” (dari mulut ke mulut) tidak cukup. Profesion jualan adalah terlalu kompetitif untuk anda berfikir bahawa anda boleh membuatnya tanpa mempromosi diri sendiri. Tubuhkan satu program pemasaran peribadi, yang membezakan anda daripada pesaing anda. Anda mesti biarkan dunia tahu bahawa anda wujud dan bahawa anda adalah berbeza dan lebih baik daripada pesaing tersebut. Apabila pasaran menjadi sedikit lembap, jangan berhenti memasarkan. Itulah yang banyak pesaing anda lakukan; mereka mempercayai bahawa mengurangkan kadar hadiran mereka (kepada penglihatan pelanggan) adalah idea yang baik. Ia sebenarnya tidak.

Positif, Atau Lupakan. Percayalah, tidak ada tempat duduk disediakan di meja untuk perungut. Tiada siapa yang suka dengan kehadiran orang yang merungut. Apabila jurujual rengek/rungut tentang kadar faedah yang tinggi, komisen, dasar penentuan harga atau pelbagai isu-isu lain, mereka hanya merasionalkan kelemahan yang mendatang dan bukannya mencari penyelesaian. Sikap positif – tentang syarikat dan produk anda, pelanggan, penjual dan rakan-rakan pekerja – adalah kritikal untuk kejayaan.

Mengambil Risiko, Menjadi Lebih Berani. Anda harus menjadi berani dan mengambil satu pendirian. Ini mungkin melibatkan dalam mewujudkan satu kempen khas, yang menawarkan perkhidmatan yang tidak ada pada orang lain, memutuskan hubungan dengan rakan rujukan yang tidak produktif, mengurangkan yuran anda atau mengambil beberapa tindakan yang biasanya jurujual lain tidak bersedia untuk melakukan. Berpandangan jauh dalam melihat apa yang anda rasa akan membantu meletakkan diri anda sebagai “pemenang” di kalangan pelanggan dan prospek anda, dan kemudian mengambil langkah-langkah yang perlu untuk sampai ke tahap tersebut.

Tindakan anda mungkin tidak mempunyai ganjaran serta-merta, tetapi ingat bahawa matlamatnya adalah untuk berjaya setelah yang lain meninggalkan pasaran. Orang-orang perniagaan yang paling berjaya sebagai Bill Gates dan Warren Buffet – cemerlang kerana bersedia untuk mengambil risiko.

Jadi, di sini adalah senarai rahsia ajaib: ghairah tentang jualan, percaya pada produk anda, menjaga pelanggan, perancangan hadapan, senang didapati, mengembangkan kadar hadiran anda, menjadi pemasar kreatif, mempunyai pandangan positif dan mengambil risiko.

Satu perkara lagi, Hukum Kesepuluh – Sentiasa Akan ‘Close’ (sales).

 

Sumber: Terjemahan oleh Fysal Mohamed dari makalah/artikel oleh – Daniel Milstein.

 
Leave a comment

Posted by on February 23, 2012 in Bacaan Lain

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: